YB. TIMBALAN SPEAKER NEGERI KEDAH

YANG BERHORMAT ENCIK ABDUL RAZAK BIN KHAMIS

TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH

 

 

Yang Berhormat Encik Abdul Razak bin Khamis, dilahirkan pada 28 Jun 1960 di Kampung sungai Korok, sungai Tiang, Pendang, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang, Pendang, Kedah Darul Aman  pada tahun 1970 dan meneruskan  peringkat menengah di Sekolah Menengah Dato’ Syed Omar. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Institut Pertanian Serdang, Selangor Darul Ehsan; 

Bagi melengkapkan kehidupannya, beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hidupnya iaitu Puan Nurwana binti Abdullah pada 09 September 2016 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Pendidikan

1970

Sek Keb Kubor Panjang, Pendang

1975

Sek Men Kebangsaan Kubor Panjang, Pendang

1979

Institut Pertanian serdang, selangor Darul Ehsan

Pengalaman

Yang Berhormat Encik abdul Razak bin Khamis memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pegawai Pertanian pada tahun 1981-1986 di Jabatan Pertanian Negeri Kedah. Beliau seterusnya di lantik sebagai Inspektor Kuarantin di Kementerian Pertanian Malaysia.