PERATURAN ADAB BERBAHAS

  1. Seseorang ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapanya kepada Pengerusi. Seseorang ahli tidak boleh bercakap melainkan setelah dipanggil oleh Pengerusi.
  1. Jika dua atau lebih daripada orang ahli bangunserentak, maka Pegerusi hendaklah memanggil ahli yang dahulu sekali terpandang olehnya.
  1. Speaker atau Pengerusi boleh menghadkan masa bagi ahli-ahli berucap jika perlu.
  1. Seseorang ahli hendaklah menghadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan shaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu.
  1. Adalah salah pada Peraturan Mesyuarat bagi seseorang ahli menggunakan bahasa biadap.
  1. Seseorang ahli tidak dibenarkan menyebut nama ahli yang lain.
  1. Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.
  1. Seseorang tidak boleh mengganggu ahli yang sedang bercakap kecuali:
  • Jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu ahli yang sedang bercakap itu hendaklah duduk dan ahli yang mengganggu hendaklah menarik perhatian kepada perara yang hendak dikeluarkannya buat pengetahuan mesyuarat dan diserahkannya perkara itu kepada Pengerusi memutuskannya atau;
  • Jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang bercakap itu dalam ucapanya dengan syarat ahli yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi.
  1. Semasa mesyuarat bersidang :
  • Semua ahli hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau berkelakuan di dalam dewan denga tertib;
  • Seseorang ahli tidak boleh melintas ruangan di tengah dewan dengan tidak ada hal;
  • Ahli-ahli tidak boleh membaca suratkhabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lainnya kecuali apa-apa yang ada kena mengena tepat dengan urusan yang dibahaskan;
  • Seseorang ahli tidak boleh merokok atau makan di dalam Dewan Mesyuarat;
  • Masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab;
  • Semua ahli-ahli hendaklah patuhi dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Speaker dari satu masa ke satu masa.
  1. Apabila ahli-ahli ditegur oelh Pengerusi berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat atau bila-bila Pengerusi menyampuk masa dijalankan perbahasan, maka siapa-siapa ahli yang sedang bercakap atau yang hendak bercakap, hendaklah duduk dan Dewan atau Jawatankuasa hendaklah diam supaya cakap Pengerusi boleh didengar dengan tidak terganggu.
  1. Pengerusi setelah menarik perhatian Dewan atau Jawatankuasa kepada kelakuan seseorang ahli yang berdegil-degil menyebutkan perkara yang tidak ada kena- mengena dengan perkara menyuarat atau berulang-ulang menyebutkan hujahnya sendiri atau hujah-hujah ahli lain dalam sesuatu perbahasan, boleh menerintahkan ahli itu agar berhenti bercakap.
  1. Pengerusi hendaklah memerintahkan siapa-siapa ahli yang berkelakuan haru-biru,m keluar dengan serta merta daripada Dewan hingga habis persidangan pada hari berkenaan, dan Bentara Mesyuarat hendaklah menjalankan apa-apa perintah yang diterimanya daripada Pengerusi menurut peraturan ini tetapi jika ada masanya, difikirkan oleh Pengerusi kuasa-kuasanya menurut syarat-syarat tadi dalam peraturan ini tidak cukup, maka boleh disebutkan nama ahli atau ahli-ahli yang berkelakuan haru-biru itu. Kemudian aturan yang ditetapkan dalam perenggan (3),(4),(5) dan (6) hendaklah diikut.
  1. Tidak lebih daripada seorang ahli yang boleh disebutkan namanya serentak, kecuali jika dua atau lebih daripada dua orang ahli yang hadir telah bersama-sama tidak mengendahkan kuasa Pengerusi.
  1. Jika seseorang ahli itu digantung kerja sebagai Ahli Dewan menurut syarat-syarat Peraturan ini, maka ahli itu hendaklah diperintahkan oleh Speaker keluar daripada mesyuarat dan tidak dibenarkan masuk hingga tanat mensyuarat.
  1. Tiada apa-apa pun dalam Peraturan ini yang difaham menghilangkan kuasa Dewan boleh menjalankan apa-apa langkah keatas siapa-siapa ahli menurut ketetapan Dewan.