SETIAUSAHA DEWAN

MOHAMAD AZLEE BIN AHMAD. AMK., BCK.

SETIAUSAHA DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH

Mohamad Azlee bin Ahmad merupakan Setiausaha Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah pada 1 Ogos 2005 dan mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam perkhidmatan awam negeri merangkumi pentadbiran daerah, pihak berkuasa tempatan serta pengurusan kewangan kerajaan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah memegang pelbagai jawatan strategik termasuk Penolong Pegawai Daerah (Tanah dan Pembangunan), Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Sungai Petani, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Perolehan). Pengalaman ini memperkukuh keupayaan beliau dalam aspek tadbir urus, pengurusan organisasi serta pematuhan kepada peraturan dan prosedur kewangan kerajaan.

Beliau dilantik sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 14 Mei 2020 dan bertanggungjawab menyelaras serta mengurus urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Kerajaan Negeri secara cekap, teratur dan berintegriti.

Sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan perkhidmatan, beliau telah dianugerahkan Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K.) pada tahun 2012 dan Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) pada tahun 2022.

Pendidikan

1985 – 1990

Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Raya Dalam

1991 – 1995

Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang

1996 – 1998

Sijil Tinggi Persekolahan (STP), Sekolah Menengah Utara

1999 – 2002

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam, Universiti Utara Malaysia (UUM)