‎LEBIH 5,000 PESERTA MEMERIAHKAN ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY

ALOR SETAR (02.05.2026) – Lebih 5,000 peserta memeriahkan Program Alor Setar Car Free Saturday “Bandar Hijau Komuniti Sejahtera” anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah dirasmikan oleh Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff di […]

FMK 2026 MENDEKATKAN MASYARAKAT DENGAN INDUSTRI PENANAMAN MEMPELAM

ALOR SETAR (02.05.2026) – Penganjuran Fiesta Mempelam Kedah pada tahun ini telah melalui satu transformasi yang signifikan di mana lokasi program telah dipindahkan daripada Pusat Mempelam Kedah di Yan ke Ladang Harumanis D’Aman, Alor Mengkudu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri, Dzowahir Ab Ghani berkata perubahan ini dibuat dengan tujuan untuk membawa para pengunjung […]

MASJID PERLU BERPERANAN SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN UMMAH YANG KOMPREHENSIF – RAJA MUDA KEDAH

ALOR SETAR (05.05.2026) – Masjid merupakan lambang kesatuan umat Islam. Justeru, keharmonian di dalam masjid hendaklah sentiasa dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab. Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah saya ingin menegaskan bahawa masjid tidak boleh sama sekali dijadikan medan perbalahan, apatah lagi tempat menyemai bibit-bibit perpecahan. “Dalam […]

TANAM 700 POKOK DALAM SEMINIT – MPKK LAKAR NAMA DALAM MBOR

KULIM (09.05.2026) – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan program Jom Tanam Pokok ‘’1 Warga MPKK 1 Pokok” sempena Jubli Perak MPKK. Program yang dihadiri oleh 480 warga kerja MPKK ini adalah satu manifestasi jelas bahawa pembangunan fizikal dan kelestarian alam bukanlah dua entiti yang terpisah, melainkan ia adalah satu simbiosis yang perlu berjalan […]

‎MEMBUDAYAKAN KEMBALI GAYA HIDUP SIHAT DI KALANGAN MASYARAKAT – NORIZAN

KULIM (25.04.2026) – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan dwi program iaitu Program Kulim Kedah Silver Ride 2026 (KKSR26) Dan Kulim Urban Community Fiesta 2026 yang berlangsung dengan meriah di Dataran Putra, Kulim dimana program ini merupakan inisiatif MPKK dengan kerjasama pelbagai agensi dalam usaha memupuk gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan komuniti serta menyemarakkan […]

KERAJAAN NEGERI LANCAR PROGRAM TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA 2026 DI 36 DUN KEDAH

SIK (23.04.2026) – Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah bagi meraikan pelajar-pelajar cemerlang bagi peperiksaan tahun 2025 selain melancarkan Program Tuisyen Rakyat Sejahtera 2026 untuk 36 Dun di kesemua 15 Parlimen di Negeri Kedah. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kita mempunyai Tabung Tengku Mahmud untuk […]

BUDAYA MEMBACA MEMPERKUKUH ILMU DALAM KALANGAN MASYARAKAT

ALOR SETAR (23.04.2026) – Bangsa dibina oleh bahasa yang luhur, oleh sastera yang menghidupkan jiwa, dan oleh seni yang memanusiakan manusia. Menerusi tiga asas membaca, menulis dan bertutur, terbina keseluruhan arkitektur pemikiran manusia seperti sastera dan seni. ‎Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri, Dato’ Halimaton Shaadiah Saad berkata program hari ini […]

JEMAAH HAJI KEDAH DISARAN MEMATUHI PERATURAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK BERKUASA – SULTAN KEDAH

ALOR SETAR (22.04.2026) – Perjalanan teragung haji merupakan satu kewajipan bagi umat Islam yang telah mencapai kemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan perjalanan untuk menunaikannya. Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah merakamkan ucapan tahniah kepada para jemaah haji dari Negeri Kedah yang […]

5,000 MASYARAKAT SIAM MERAIKAN PERAYAAN PESTA SONGKRAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

PEDU (18.04.2026) – Kira-kira 5,000 masyarakat Siam memeriahkan Perayaan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 di Wat Phikulthararam, Kampung Tanjung, Pedu. Bagi masyarakat Siam, Songkran bukan sekadar pesta air, tetapi ia merupakan Sambutan Tahun Baru Tradisional yang melambangkan permulaan baru, kegembiraan dan penyucian jiwa. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan […]

‎KERAJAAN NEGERI MAHU PULAU LANGKAWI DIKEMBALIKAN SEBAGAI PULAU BEBAS CUKAI SEPENUHNYA

ALOR SETAR (16.04.2026) – Pulau Langkawi harus dikembalikan sebagai Pulau Bebas Cukai seperti sediakala bagi menghidupkan semula Pulau Langkawi sebagai Pulau Pelancongan dimana ia telah membangunkan sebahagian besar ekonomi di wilayah utara dan memberi pulangan kepada Kerajaan Persekutuan dalam sektor pelancongan. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Pulau Langkawi pernah mencatat […]