pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BERITA TERKINI

    KEJOHANAN BADMINTON PIALA MENTERI BESAR KEDAH BERLANGSUNG MERIAH

    KEJOHANAN BADMINTON PIALA MENTERI BESAR KEDAH BERLANGSUNG MERIAH

      ALOR SETAR (02 November 2024) – Kerajaan Negeri Kedah di bawah Jawatankuasa Kepunggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah menganjurkan Kejohanan Badminton bagi merebut Piala Menteri...

    SESI PENYERAHAN AGIHAN LEBIHAN HASIL DAN BANTUAN BENCANA LSANK KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH

    SESI PENYERAHAN AGIHAN LEBIHAN HASIL DAN BANTUAN BENCANA LSANK KEPADA KERAJAAN NEGERI KEDAH

    ALOR SETAR (30 Oktober 2024) – Satu majlis ringkas penyerahan agihan lebihan hasil Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) sebanyak RM5 juta diserahkan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad...

    94 BUAH SEKOLAH AGAMA TERIMA SET PENDIGITALAN SMART TV DAN PROJEKTOR LCD

    94 BUAH SEKOLAH AGAMA TERIMA SET PENDIGITALAN SMART TV DAN PROJEKTOR LCD

    KULIM (29 Oktober 2024) – Kerajaan Negeri Kedah berusaha untuk memastikan 94 buah sekolah agama rakyat termasuk 13 buah sekolah di bawah Lembaga Maktab Mahmud akan mendapat satu set Program...

     

     

    RM1,000 BANTUAN KHAS AIDILFITRI KEPADA PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH

     

    ALOR SETAR (28.04.2021) – Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri kepada penjawat awam negeri sebanyak RM1,000 setiap seorang. Bantuan yang diberikan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam negeri Kedah yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik sehingga melonjakkan sumber pendapatan negeri ke peringkat yang lebih baik.Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata sebanyak RM5.3 juta diperuntukan bagi penyediaan bantuan khas tersebut melibatkan kakitangan penjawat awam di Kedah seramai 5300 orang.


    “Kita mengambil kira kutipan hasil-hasil kerajaan negeri agak baik tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas dari Januari hingga April 2020. Tahun ini kutipan telah meningkat kepada RM105 juta berbanding tahun lepas.“Oleh itu, bagi menghargai kerja keras yang dibuat oleh kakitangan Kerajaan Negeri maka pihak Kerajaan memberi Bantuan Khas Aidilfitri dan akan dibayar sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.Hadir sama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.


    Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa wang elaun Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah pun dihantar ke Pejabat Daerah masing-masing dan pihak Pejabat Daerah akan mula membuat bayaran kepada mereka sebelum 5 Mei 2021 ini.“Tarikh akhir yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Pejabat Daerah untuk membuat pembayaran elaun-elaun ini ialah pada 5 Mei nanti di mana kerajaan mendahulukan kewangan dari Kerajaan Negeri sebelum bayaran sebenar dari Kerajaan Persekutuaan sampai.


    “Diharap dengan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan dan bayaran elaun JPKK akan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka sempena menyambut Hari Raya yang bakal tiba nanti,” ujarnya.


    SUMBER : WARTA KEDAH

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT