PENGANJURAN PROGRAM 1 BULAN 1 SUKAN MENGAJAK RAKYAT KEDAH AMAL GAYA HIDUP SIHAT

ALOR SETAR (29.01.2026) – Program 1 Bulan 1 Sukan merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah dalam usaha menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata program ini sebenarnya lahir daripada satu hasrat yang mudah, iaitu untuk mengajak rakyat Kedah […]

KADAR ZAKAT FITRAH 1447H NEGERI KEDAH DITETAPKAN RM9.00, RM15.00 DAN RM23.00

ALOR SETAR (27.01.2026) – Prestasi kutipan zakat bagi tahun 2025, jumlah kutipan keseluruhan zakat dan lain-lain hasil adalah sebanyak RM322.86 juta, iaitu peningkatan RM18.05 juta atau 5.92% berbanding tahun 2024, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2025 iaitu RM318.88 juta. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali berkata sepanjang tahun 2025, seramai […]

MDP LANCAR APLIKASI ‘goPENDANG’ MUDAHKAN BAYARAN TANPA TUNAI

PENDANG (20.01.2026) – Seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk merealisasikan agenda Kedah Cashless, Majlis Daerah Pendang (MDP) telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sebuah aplikasi telefon pintar yang membolehkan orang ramai membuat bayaran dan semakan bagi perkhidmatan Majlis Daerah Pendang secara digital. Aplikasi ini dinamakan ‘goPendang’ yang membawa maksud Pendang Maju ke Hadapan. Huruf G […]

PERKASA TADBIR URUS PENTADBIRAN AWAM UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT – NORIZAN ‎

PENDANG (20.01.2026) – Anggota Pentadbiran Awam di Negeri Kedah diseru agar sentiasa mengutamakan urusan rakyat bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dan perlu diselesaikan segera. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali berkata perkhidmatan yang terbaik yang telah ditunjukkan oleh anggota Pentadbiran Awam di negeri ini merupakan tunjang kepada kejayaan tadbir urus yang baik ke […]

PENJAWAT AWAM PERLU MEMPUNYAI AZAM DAN ILTIZAM BAHARU DALAM MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN – NORIZAN

YAN (19.01.2026) –  Penjawat awam merupakan individu yang dilantik untuk berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di bawah pentadbiran Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali berkata perjumpaan sempena tahun baharu ini merupakan azam dan iltizam baru sebagai penjawat awam untuk berjaya dalam kehidupan dan […]

PEGAWAI TADBIR NEGERI DISERU TURUN PADANG, PEKA, CAKNA DAN SELESAIKAN MASALAH RAKYAT – NORIZAN

PADANG TERAP (03.01.2026) – Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) diseru agar sentiasa turun padang bagi melihat sendiri permasalahan yang dialami oleh rakyat. Walaupun kehadiran pegawai tidak semestinya menyelesaikan masalah atau kesulitan rakyat namun ianya suatu perkara yang akan mengembirakan rakyat dan dianggap permasalahan mereka mendapat perhatian pihak berwajib. ‎Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan […]