RAKYAT KEDAH DISERU MENANAM POKOK BAGI MENCUKUPI KEMPEN PENANAMAN 2.2 JUTA POKOK.

SELASA (02.09.2025)‎‎JERLUN – Program Penanaman Pokok Bakau anjuran Pejabat Tanah Galian Negeri Kedah Sempena Penghijauan Negeri Kedah dilaksanakan untuk menyahut seruan Kempen Penanaman 2.2 Juta Pokok yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 21 Januari sebagai inisiatif menghijaukan Kedah. Seramai 400 orang daripada 19 agensi termasuk pelajar daripada Institut Latihan Perindustrian hadir menyertai […]

‎KERAJAAN NEGERI KOMITED MENYOKONG PEMBANGUNAN AGRO MAKANAN MELALUI DASAR PROGRESIF

SABTU (31.08.2025)‎‎ALOR SETAR – Sepanjang empat hari penganjuran Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK 2025) telah menyaksikan satu penganjuran yang bukan sahaja menghimpunkan pelbagai pameran daripada jabatan kerajaan, agensi, usahawan tani dan pemain industri, tetapi juga memperlihatkan keterlibatan aktif semua pihak dalam memacu sektor Agromakanan Negeri Kedah ke hadapan.‎‎Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan […]

PANCARAGAM SMK CHE TOM MUNCUL JUARA ANTARA JUARA

AHAD (31.08.2025)‎‎ALOR SETAR – Pancaragam SMK Che Tom dinobatkan sebagai Juara Antara Juara sempena Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Medan Bandar, Alor Setar di sini, hari ini.‎‎Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan sempena Istiadat Perbarisan dan Perarakan tersebut dimana Juara Antara Juara memperolehi markah tertinggi berbanding juara-juara setiap […]

‎PAKEJ MENARIK MELALUI PLATFORM DIGITAL MAMPU RANCAKKAN PRODUK EKO-PELANCONGAN DI KEDAH

ALOR SETAR – Pasca pandemik COVID-19, trend dan corak pelancongan telah mengalami perubahan ketara, baik di dalam mahupun di luar negara. Para pelancong kini lebih cenderung memilih destinasi yang menawarkan ketenangan, keselamatan serta aktiviti yang dekat dengan alam semula jadi. Oleh itu, sektor eko-pelancongan (eco-tourism) kini menjadi salah satu daya tarikan utama dalam industri pelancongan.‎‎Pengerusi […]

USAHASAMA MALAYSIA-THAILAND BERI IMPAK PEMBANGUNAN EKONOMI, PELANCONGAN DAN DIPLOMATIK – SANUSI

JITRA – Seramai 120 orang anggota delegasi dari Sadao, Changwat Songkhla, Thailand telah hadir dan menyertai Sukan Sempadan Bilateral Malaysia-Thailand: ‘People to People Connectivity’ Tahun 2025 antara Daerah Kubang Pasu dengan Daerah Sadao, Thailand. Selain menyertai acara sukan yang dipertandingkan, deligasi berkenaan turut diraikan oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu serta bertukar-tukar pandangan dalam menjalinkan usahasama […]

IBU BAPA, KELUARGA DAN MASYARAKAT JUGA PERLU BERPERANAN MENDIDIK PELAJAR MENCAPAI KECEMERLANGAN – SULTAN KEDAH ‎

ALOR SETAR – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini telah berkenan‎berangkat menyempurnakan Majlis Haflu Takrim Al Mutafawwiqin 2025‎di Dewan Insaniah, Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman.‎‎Majlis tahunan ini dianjurkan oleh Lembaga Maktab Mahmud Negeri Kedah bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik, kokurikulum, kepimpinan dan […]

‎KERAJAAN NEGERI SERAH KUNCI RUMAH MUTIARA BANDAR PUTERI JAYA FASA 7

SUNGAI PETANI (10 Julai 2025) – Kerajaan Negeri Kedah menzahirkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Pearl House Design atas kejayaan usahasama yang telah membangunkan sebanyak 585 unit rumah teres satu setengah tingkat merangkumi 10 fasa pembangunan. ‎Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek ini menyumbang secara langsung […]

‎SUKAN HARUS DIJADIKAN MEDIUM UNTUK AKRABKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN – SANUSI

BALING (09 Julai 2025) – Bersukan atau beriadah dalam hidup kita adalah satu keperluan. Ia penting untuk memastikan kita sentiasa sihat dan cergas. Tidak perlu tunggu jadi seorang atlet atau ahli sukan profesional untuk kita aktif dalam sukan. Sebaliknya peruntukanlah sedikit masa beberapa minit setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu untuk kita keluarkan peluh […]

HMAPK 2025 PUPUK KECINTAAN MASYARAKAT TERHADAP SEJARAH, WARISAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI

ALOR SETAR (07 Julai 2025) – Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (HMAPK) 2025 bakal menyemarakkan landskap warisan negara dengan tema “Muzium Sebagai Ruang Inklusif, Inovatif dan Interaktif”. Tema ini menekankan fungsi baharu muzium sebagai institusi dinamik yang bukan sahaja memelihara sejarah dan budaya tetapi turut mendidik dan menghubungkan masyarakat pelbagai lapisan melalui pendekatan moden […]