pertanyaan majlis mesyuarat kerajaan hubungi majlis mesyuarat kerajaan maklumbalas majlis mesyuarat kerajaan peta laman majlis mesyuarat kerajaan
utube majlis mesyuarat kerajaan facebook majlis mesyuarat kerajaan

    BERITA TERKINI

    KERAJAAN NEGERI BERI JAMINAN TUNAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KEDAH – SANUSI

    KERAJAAN NEGERI BERI JAMINAN TUNAIKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KEDAH – SANUSI

    ALOR SETAR (25 September 2024) – Kerajaan Negeri Kedah memberi jaminan akan tetap menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000.00 seperti yang dijanjikan kepada Ketua Isi Rumah dengan kadar yang segera. Menteri Besar...

    RAKYAT HARUS JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KETIKA BENCANA BANJIR – SULTAN KEDAH

    RAKYAT HARUS JAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KETIKA BENCANA BANJIR – SULTAN KEDAH

      ALOR SETAR (23 September 2024) – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli menziarahi mangsa-mangsa banjir di...

    SITUASI BANJIR DI KUBANG PASU MULAI PULIH – MB KEDAH

    SITUASI BANJIR DI KUBANG PASU MULAI PULIH – MB KEDAH

      ALOR SETAR (23 September 2024) – Fenomena hujan lebat berterusan bertembung dengan air pasang besar sejak beberapa hari lepas dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kedua terburuk di Kedah...

     

     

    SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SULTAN KEDAH DILEWATKAN KE TARIKH LAIN

    ALOR SETAR (15 JUN 2021) – Sambutan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-79 dilewatkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, Sultan Sallehuddin memperkenan sambutan itu dilewatkan memandangkan keadaan semasa negara yang masih belum stabil berikutan peningkatan drastik wabak Covid-19 sejak akhir-akhir ini.”Pendekatan seperti ini harus diambil dalam usaha untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus menular di negara ini.”Kerjasama dan sokongan berterusan daripada rakyat amat diperlukan untuk memastikan keberkesanan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah bagi menjamin kelangsungan kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Ammar berkata, bagaimanapun hari kelepasan am atau cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah itu pada 20 Jun dikekalkan tanpa sebarang perubahan.”Ucapan sembah tahniah sempena sambutan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-79 tahun 2021 melalui saluran media cetak dan media elektronik boleh dilaksanakan,” katanya. – Bernama

    © 2024 Hak Cipta Pejabat Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

    Please publish modules in offcanvas position.

    Laman Web ini sesuai dilayari pada pelayar web Internet Explore II, Google Chrome 35, Firefox 35 ke atas dan resolusi terbaik adalah 1024 x 768 ke atas.

    | Terma & Syarat | Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian | W3C | Peta Laman | Portal MyGOVERMENT