‎KERAJAAN NEGERI SERAH KUNCI RUMAH MUTIARA BANDAR PUTERI JAYA FASA 7

SUNGAI PETANI (10 Julai 2025) – Kerajaan Negeri Kedah menzahirkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Pearl House Design atas kejayaan usahasama yang telah membangunkan sebanyak 585 unit rumah teres satu setengah tingkat merangkumi 10 fasa pembangunan. ‎Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek ini menyumbang secara langsung […]

‎SUKAN HARUS DIJADIKAN MEDIUM UNTUK AKRABKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN – SANUSI

BALING (09 Julai 2025) – Bersukan atau beriadah dalam hidup kita adalah satu keperluan. Ia penting untuk memastikan kita sentiasa sihat dan cergas. Tidak perlu tunggu jadi seorang atlet atau ahli sukan profesional untuk kita aktif dalam sukan. Sebaliknya peruntukanlah sedikit masa beberapa minit setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu untuk kita keluarkan peluh […]

HMAPK 2025 PUPUK KECINTAAN MASYARAKAT TERHADAP SEJARAH, WARISAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI

ALOR SETAR (07 Julai 2025) – Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (HMAPK) 2025 bakal menyemarakkan landskap warisan negara dengan tema “Muzium Sebagai Ruang Inklusif, Inovatif dan Interaktif”. Tema ini menekankan fungsi baharu muzium sebagai institusi dinamik yang bukan sahaja memelihara sejarah dan budaya tetapi turut mendidik dan menghubungkan masyarakat pelbagai lapisan melalui pendekatan moden […]

550 BOT LAJU KAWALAN JAUH WAKILI 6 NEGARA SERTAI KEDAH INTERNATIONAL RC POWERBOAT RACE 2025

PENDANG (15 Jun 2025) – Sebanyak 550 Bot Laju Kawalan Jauh ‘Powerboat’ mewakili enam negara termasuk Malaysia, Brunei, Vietnam, Thailand, Singgapura dan Indonesia telah menyertai pertandingan Kedah International RC Powerboat Race 2025 di Mercu Tanda Tasik Pendang, Pendang Waterfront selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun 2025. ‎Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Keusahawanan Negeri, […]

JELAJAH PENERANGAN AKAN MEMBERI KEFAHAMAN SEBENAR KERAJAAN NEGERI KEPADA MASYARAKAT

PENDANG (15 Jun 2025) – Kerajaan Negeri Kedah sentiasa komited dalam usaha-usaha menyampaikan penerangan bagi memberikan kefahaman kepada rakyat berkaitan agenda Kerajaan Negeri Kedah melalui kefahaman berkaitan Gagasan The Greater Kedah, Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK-2025). Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri di bawah portfolio Agama, Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri […]

SULTAN KEDAH MENCEMAR DULI MERASMIKAN MYBOS ’25 LANGKAWI

LANGKAWI (21 Mei 2025) – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli berangkat hadir merasmikan Pembukaan Malaysia International Boat Show 2025 (MYBOS ’25) di Main Marquee, Royal Langkawi Yacht Club di sini, hari ini. Baginda turut mencemar duli menyempurnakan gimik perasmian serta mengadakan […]

SLU BUKA PELUANG BERI CADANGAN DAN PANDANGAN TERHADAP PAKEJ DASAR BARU LTB

ALOR SETAR (10 Jun 2025) – Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan satu program Sesi Libat Urus (SLU) bersama Jabatan Kerajaan Zon Utara berkenaan Lantikan Tetap dan Bercarum (LTB) hari ini. ‎Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Sharhida Nazuha Saad berkata Jabatan […]

KEDAH SERIUS DALAM MENGENALPASTI ATLET MUDA DALAM SUKAN E-SPORT

ALOR SETAR (02 Jun 2025) – Kerajaan Negeri Kedah di bawah portfolio Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Kedah dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah, Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah, AIX Esports dan Titi Merah Sdn. Bhd. telah berjaya menganjurkan Kejohanan Kedah E-Sport Challenge 2.0 2025 Peringkat Negeri Kedah di […]

HARUMANIS D’AMAN CETUS FENOMENA LUAR BIASA DENGAN PENGHASILAN PRODUK BERKUALITI TINGGI

YAN (03 Mei 2025) – Industri tanaman mempelam Harumanis bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan para pengusaha Harumanis malahan ianya juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan Negeri Kedah khususnya pada musim mempelam yang kebiasaannya berbuah pada bulan April hingga Jun. Oleh itu, semua jabatan terutamanya yang berada di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hendaklah bekerja […]

DAMCAMP 2025 BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT MENCINTAI KHAZANAH ALAM

PEDU (02 Mei 2025) – Festival Perkhemahan dan Kebudayaan DAMCAMP 2025 merupakan satu inisiatif yang cukup bermakna bukan sahaja kepada pencinta alam dan budaya, malah kepada seluruh komuniti Padang Terap. Pegawai Daerah Padang Terap, Sharifah Norulasyikhah Syed Mohamad berkata gabungan tenaga antara kerajaan dan komuniti seperti inilah yang kita harapkan iaitu bersatu untuk memulihara dan […]